Kotak Da Sampai Tadi.. Lawaa Sis

Alhamdulillah kotak da sampai tadi, lawa sis!

Siap tempahan kotak serum untuk Sakura Serum. Terima kasih kami ucapkan. Untuk tempahan kali ini, founder berminat untuk mendapatkan kotak dengan design berkonsepkan bunga-bunga beserta latar belakang berwarna ungu.

Bagi anda yang berminat untuk memasarkan produk dalam masa yang terdekat, sudah tentu spesifikasi maklumat pada permukaan kotak menjadi salah satu perkara yang anda sedang fikirkan.

Bagaimana dengan design dan warna yang ingin dipamerkan kepada pelanggan produk anda nanti? ^^

Box Expert telah membantu ramai usahawan untuk mendapatkan cetakkan kotak bagi produk yang ingin dipasarkan. Design dan kotak pada produk memainkan peranan penting bagi membantu pelanggan memahami ciri-ciri produk anda serta menyerlahkan keunikkan produk anda berbanding jenama-jenama lain yang berada di pasaran!